Sultanah Kalsom binti Abdullah

Taftan, Balochistan, Pakistan, Raj BritishYang Amat Mulia Cik Puan Besar Hajjah Kalsom binti Abdullah (née Anita) adalah mantan Sultanah Pahang dan isteri kedua kepada Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah, Yang di-Pertuan Agong VII dan Sultan Pahang Moden ke-5. Dilahirkan pada 12 September 1951, beliau adalah berasal dari Pakistan keturunan Persia dan Pakistan dan dilahirkan di Taftan, Balochistan, Pakistan. Beliau sebelum ini pernah bekerja sebagai seorang setiausaha.Sultanah Kalsom berkahwin dengan Sultan Ahmad Shah pada 14 Mac 1991. Beliau telah digelar sebagai Cik Puan Kalsom pada tarikh yang sama dan telah dinaikkan status Sultanah Pahang, dengan gelar Duli Yang Maha Mulia pada 30 September 1992.Beliau dan Sultan mempunyai seorang anak lelaki bersama-sama: Yang Amat Mulia Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah, Tengku Arif Temenggong Pahang.Selepas kemangkatan suaminya pada Mei 2019, anakanda tirinya, Sultan Abdullah mengurniakan gelaran Cik Puan Besar Pahang kepada beliau.